Pengenalan Syarikat
Kami adalah.....
SACHA INCHI TRADING
SACHA INCHI TRADING
Kami adalah Syarikat Bumiputera yg ditubuhkan pada tahun 2017.
Objektif syarikat ini adalah untuk membekalkan produk-produk kesihatan yang di iktiraf dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kami juga menjual dan mengedarkan produk-produk kesihatan yang di keluarkan oleh syarikat-syarikat lain.
Sejak tahun 2013 lagi kami telah memasarkan produk-produk tempatan dan luar negara seperti madu asli, asam gelugur, madu kelulut, dan lain-lain.
Jika kita lihat pada masa kini, keperluan produk kesihatan untuk semua peringkat adalah tinggi permintaan. Maka dengan itu, kami menyahut cabaran untuk mengetengahkan produk-produk keluaran Bumiputera. Sehubungan itu, tertubuhnya sebuah syarikat yang memasarkan produk kesihatan berasaskan Sacha Inchi.
Kacang Sacha Inchi ini adalah berasal dari negara PERU ini juga dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci'. Tumbuhan ini kini ada ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menghasilkan bijinya yang mengandungi minyak yang sangat bernilai.
Namun, kami juga berhasrat meluaskan jenama kami pada masa akan datang ke luar negara.
Bantulah syarikat Bumiputera dalam memajukan perniagaan untuk bersaing secara sihat bersama syarikat yang lain.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menyokong kami dengan produk-produk keluaran (join venture) partner kami. Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment